Skip to content

USAH MUDAH MENGALAH.

28/09/2009

Assalamualaikum wbt.

Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, masih belum terlambat buat saya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh warga Liga Debat Putra dan juga seluruh warga Universiti Putra Malaysia. Ikhlas dan jujur dari hati, saya memohon maaf andai ada kesilapan dari saya sepanjang mengelolakan LDP ini. Semoga kita semua beroleh keberkatan dari apa yang telah kita curahkan dengan ikhlas selama ini.

Alhamdulillah, 2 pusingan Liga Debat Putra telah berlangsung dengan jayanya pada 5 September dan 12 September yang lalu. Menang dan kalah adat pertandingan. Saya sendiri pernah mengalami situasi yang sama seperti anda dalam pertandingan-pertandingan debat yang saya sertai. Saya akui memang perit untuk menerima sesuatu kekalahan, ditambah pabila kita telah banyak mencurahkan dan mengerahkan usaha dan tenaga kita sekudrat yang kita ada untuk memperoleh kemenangan.

Lalu saya pujuk diri saya. Usah mudah mengalah. Kita akan diberi sesuatu. Pasti. Saya memahami keperitannya, dan saya pernah merasai hasilnya. Kalau pun bukan dalam bentuk kemenangan, tapi sesuatu yang lain.  Saya teruskan apa yang telah saya mulakan. Kerana saya memandang ia bukan sia-sia. Saya sendiri masih mencuba, dan terus berusaha.

Saya yakin anda juga ada semangat yang sama. Carilah kalau ia tersorok di sebalik rasa kecewa anda mungkin.

Saya mengagumi dengan kesungguhan yang anda semua berikan. Melihat anda semua rajin berlatih di kolej-kolej masing-masing, bersengkang mata mencari fakta-fakta untuk dibawakan dalam debat, menghantar SMS, menelefon kepada saya, meminta pandangan, bantuan dan bertanyakan banyak soalan, dari jauh saya mendoakan semoga anda semua mendapat sesuatu yang bermakna dari apa yang anda usahakan. Saya meminta maaf andai jawapan dan bantuan yang saya berikan tidak banyak membantu kalian. Sedaya-upaya saya mencuba membuat yang terbaik untuk anda semua, dengan kemampuan yang ada.

Saya berharap anda semua akan terus gembira untuk berusaha memperbaiki diri, bersama teman-teman kesayangan di sekeliling anda.

Pesan saya, selagi kita masih diberi peluang dan ruang oleh mereka untuk beraksi, hargailah ia sebaik mungkin. Cabaran untuk mengekalkan kepercayaan dan keyakinan mereka kepada anda. Anda istimewa🙂

-Fara Syazwani-

Pendebat UPM

2 Komen leave one →
  1. Muhammad Nazmi B. Othoman(Qayyum) permalink
    17/10/2009 12:41 PM

    Salam Hari Raya Maaf zahir dan batin kepada semua pendebat universiti dari Pendebat 2 K15…. Terima kasih kepada kata2 semangat yang diberikan, kami pendebat 15 dah merasai keperitan itu. Insya Allah kami akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Doakan kami berjaya dalam dunia perdebatan ini.

  2. FIFI HUDSON permalink
    20/10/2009 5:00 PM

    gitew kate2 kakak… kelas… hihi🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: