Skip to content

PENGENALAN

Liga Debat Putra atau singkatannya LDP yang julung-julung kali diadakan merupakan sebuah kejohanan debat antara kolej-kolej di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kejohanan ini merupakan program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM, dengan kerjasama Kelab Debat Bahasa Melayu (KDBMPUTRA) UPM, dan Jemaah Presiden-Presiden Kolej UPM.

Objektif kejohanan ini adalah yang pertama untuk melahirkan mahasiswa yang mampu berfikir secara rasional dan kritis dalam mengupas sesuatu isu. Kedua meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan mahasiswa serta yang ketiga melahirkan mahasiwa yang berpengetahuan dan berketrampilan.

20 pasukan yang terdiri daripada 17 pasukan setiap kolej, dan 3 pasukan jemputan iaitu  pasukan Pusat Asasi Sains Pertanian, Kolej ke-11 (atas kapasiti menjadi johan liga Pertandingan Debat Kemerdekaan Interkolej 4 (PENDEKAR 4) dan Kolej Tun Dr Ismail (atas kapasiti kolej yang telah mendaftar paling awal untuk menghantar 2 pasukan ) akan bersaing sepanjang 2 semester sesi 2009/2010 untuk merebut Piala Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA).

Berformatkan sistem liga, hari rasmi untuk kejohanan ini berlangsung adalah pada setiap hari Sabtu malam, sepanjang semester sesi 2009/2010, bermula 5 September 2009 di tempat-tempat pertandingan yang telah ditetapkan. Usul untuk perlawanan setiap minggu telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Komiti dalam memastikan para pendebat bersedia dengan fakta dan isi  untuk usul yang akan didebatkan, dan setiap pasukan telah diberi senarai lengkap tentang jadual perlawanan dan usul setiap perlawanan.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: